Select Page

Senarai Tugas Pembantu Perhubungan Perusahaan S19

Senarai Tugas Pembantu Perhubungan Perusahaan S19 1

Deskripsi dan senarai tugas Pembantu Perhubungan Perusahaan S19. Calon yang melepasi peperiksaan online spa akan di panggil ke peringkat seterusnya untuk  menghadiri temuduga. Selepas calon temuduga Pembantu Perhubungan Perusahaan S19 yang berjaya, dan memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan pihak SPA. Calon akan ditugaskan di kementerian atau jabatan sumber manusia. Bergantung kepada keperluan dan bilangan kekosongan pada satu-satu masa.

Senarai Tugas  Pembantu Perhubungan Perusahaan S19

 

Berikut senarai tugas pembantu perhubungan perusahaan s29. Ianya penting agar calon memahami apakah kriteria dan bidang tugas dan tanggunjawab yang bakal di galas sekiranya berjaya ditawarkan jawatan ini kelak.

Z

Bertanggungjawab mendaftarkan pencari-pencari kerja

Z

Memberi nasihat / kaunseling tentang peluang pekerjaan

Z

Membaharui pendaftaran

Z

Menyediakan data-data mengenai kekosongan jawatan di majikan-majikan yang mendaftar

Z

Menjalankan lawatan kemajuan ke majikan-majikan / perusahaan-perusahaan yang baru diluluskan.

Tangga Gaji Pembantu Perhubungan Perusahaan S19

 

Gaji Pembantu Perhubungan Perusahaan S19 dikira berdasarkan tangga gaji berikut ;

Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

Sekcara umumnya gaji minimum, maksimum dan kenaikan tahunan pembantu perhubungan perusahaan s19 adalah ;

  • Gaji minimum = RM1,352.00
  • Gaji maksimum = RM4,003.00
  • Kadar kenaikan tahunan = RM100.00

Syarat Lantikan Pembantu Perhubungan Perhubungan Perusahaan S19

r

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
r

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Senarai tugas pembantu perhubungan perusahaan s19 yang di kongsikan ini, diharapkan dapat membantu,agar calon meneliti apakah diri berminat menggalas tanggungjawab yang bakal di pikul sekiranya menjawat jawatan ini kelak di sektor kerajaan.